~MY OPPA AND EONNI~

Monday, August 05, 2013

FRUST DGN DRAMACARZY

Lamanya x up-date status kat sini..eonni sibuk dengan hal2 lain ni pun bila ada masa ja datang ronda kat sini..hemmm sebenarnya dah lama dah nak up-date, banyak citer2 yg eonni nak storykan..tapi wat masa ni eonni hanya nak bagi tau..yg eonni terkilan sangat2 dgn penutupan web dramacrazy yg eonni selalu tonton tu... byk drama2 yg best x sempat nak tgk..dgn penutupan web tu dgn rasminya Running Man yg selalu eonni tgk terhenti sampai situ je..sebab hanya web tu je line dia laju bila tgk..dan eonni x tahu nak tgk kat mana lagi..tension ooo x leh tgk running man..

Friday, March 15, 2013

A HUNDREDYEARS INHERITANCE (sinopsis)

A HUNDREDYEARS INHERITANCE

Baru2 ni eonni ada menonton satu drama baru di http://www.dramacrazy.net/korean-drama/a-hundred-years-inheritance-episode-list/ tapi tak habis lagi la, baru tengok episode 1 dan masih ada banyak lagi yang perlu eonni kena tengok.. Mula2 dulu ingat tak best sebab tu bila masuk laman web tu eonni wat tak tahu je dengan citer tu.. Tapi entah macam mana tah tangan ni gatai sangat tertekan link dia..bila ja dah tertengok macam best ja.. tapi bukan macam best memang best pun.. baru episode 1 tapi dah meruntun perasaan entah la macam mana kalau dah tengok sampai habis nanti...

Kisah "A HUNDREDYEARS INHERITANCE" best walau pun tak tahu mengenai apa citer ni tapi watak2 yang di dalamnya membuat kita geram dengan watak mak mertua yang kejam dan suami yang kaki pukul isteri.. tapi yang geram eonni tengok bila mak mertua dia membuat tipu daya pada menantunya mengatakan yang anaknya iaitu suami si isteri ni tadi kemalangan dan ada di hospital, sebab nak megelakkan dari menantunya menceraikan anaknya dan mengelakkan bisnes mereka lingkup gara2 bukti skandal anaknya yang ada dalam tangan menantunya dan dia sanggup menghantar menantunya ke hospital orang gila dan kesudahannya hemmm kenalah eonni tengok sampai habis dulu ya...jom kalau korang pun nak tengok

Wednesday, February 13, 2013

YANG AKAN DAN SEDANG DI TONTON..

Banyak drama2 terbaru yg tak sempat eonni nak tengok tapi dalam banyak2 tu ada satu yg menarik minat eonni untuk menonton..drama ni tajuk dia LEVEL 7 CIVIL SERVANT tapi eonni tak berpeluang nak tonton lagi, masih tiada kelapangan..still sibuk dengan tugasan so niat dihati tu ingin2 sangat nak tengok dah lama tak nonton drama korea dulu setiap hari eonni nonton drama korea..cuma sekarang dah bz so tak sempat nak tengok lagi..
LEVEL 7 CIVIL SERVANT
Tapi baru2 ni eonni ada tengok drama FLOWER BOY NEXT DOOR... Tapi nak kata tengok betul2 tu x la jugak sbb tengah mendownload citer ni jadi tak sempat tengok dengan betul2 jadi cadangan eonni tu biarlah eonni habis download semua episod baru eonni tengok puas2 tanpa ada halangan dan sekatan dan sangkut2 oleh line yg kadang2 semput mcm kura2 hehehe..
FLOWER BOY NEXT DOOR
Nanti bila dah habis tengok drama Flower Boy Nex Door ni eonni nak tengok drama The Women Who Still Wants To Marry.. Eonni dah mula tengok sampai episod 3 tapi terhenti sekejap sbb tertengok Flower Boy Next Door tu la...so bila ada masa dan dah habis tgk nak terus sambung drama yg di bawah ni plk..

The Women Who Still Wants To Marry
Walaupun agak terlewat eonni nak tengok drama ni sbb drama ni dah lama di tayangkan eonni pun dah tak ingat tahun bila ia ditayangkan..apa2 pun janji eonni tengok sbb ada hero kesukaan eonni hemmm siapa lagi si flower boy eonni la tak lain tak bukan KIM BUM.
thanks foto from http://ashtoh.wordpress.com/

Kiut tak...kiut kan, eonni suka tengok face dia yg bersih dan OMG fill in love with him so much... sbb dia la eonni suka tengok drama ni dan tak akan lepaskan peluang kalau tengok drama2 yang KIM BUM lakonkan.. eonni saranghae KIM BUM sangat2..satu lagi drama yg paling eonni tunggu2 adalah IRIS 2 ..eonni suka sangat drama Iris 1 dan bila dapat tahu ada kesambungan part 2 hemmm x sabar nak tengok..hope Iris 2 x menghampakan sbb eonni tengok barisan2 pelakonnya sangat2 eonni suka hemmm ada artis dari MBLAQ (lee joon) dan alahhh siapa tah sorang lg lupa plk namanya sory...kalau anda adalah peminat drama Iris jom kita sama2 tunggu kemunculan Iris 2 ok...
IRIS 2

Friday, January 11, 2013

PANDA AND HEDGEHOG. (ulasan)

panda and hedgehog.
 Bila ronda kat DRAMACRAZY tetiba terjumpa citer ni tajuk dia "PANDA AND HEDGEHOG", pada mulanya ingatkan tak best.. Tapi bila tengok pelakon dia hemmm apa lagi, tu pelakon dan penyanyi kegemaran eonni.. Siapa lagi kalau bukan DONGHAE(superjunior).. Terus eonni tengok drama tu, tengok punya tengok memang best la citernya..

Kisah dia sangat menarik walau pun tak banyak adengan yang romantik tapi ada sikit2 ja la tak keterlaluan eonni katakan dengan melihat Donghae saja dah cukup romantik buat eonni..Dalam drama ni Donghae membawa watak sebagai chef.. Macam2 jenis kek dan pastri yang Donghae buat, kalau la betul Donghae yang masak kan best hehehe.. Tapi eonni cadangkan untuk peminat2 Donghae try la tengok drama ni best dan tak rugi la berjaga semalaman untuk habiskan kesemua episode drama ni.. Eonni nak cerita lebih2 pun rasanya tak tau nak story macam mana so cuba lah tengok sendiri..memang best sangat citer ni...

Disini eonni sertakan beberaka keping gambar dari drama ni..






CAN WE GET MARRIED?(ulasan)


Akhirnya dah habis jugak tengok drama "CAN WE GET MARRIED"... Cerita ni banyak pengajaran yang kita dapat dalam menempuh erti sebuah kahwinan..Bagaimana pergolakan dalam sesebuah keluarga bila nak memulakan sebuah keluarga baru.. Disinilah banyak cabaran dan pergolakan mereka tempuh dengan karenah kedua2 belah keluarga.. Dugaan demi dugaan yang datang, putus sambung dan putus sambung kembali telah menjadi lali dalam hubungan mereka.. Tapi kalau dah takdir  dan jodoh berpisah sampai berapakali pun akhirnya tetap bersama juga..Disitulah akhirnya kebahagian mereka bila di satukan sebagai suami isteri walau pun kadang kala ibu dan mertua  mereka bercakaran tapi bahagia tetap milik mereka..Cinta kalau dah milik mereka tetap hak mereka..sudi2kan lah menonton drama ini, walau heronya tidaklah sehendsom mana tapi sesekali tengok tetap menarik jugak hehehe...

Monday, December 24, 2012

I WILL SHOW YOU (AILEE)


Kali pertama dengar lagu ini bunyi macam sedih sangat permulaannya tapi bila sampai tengah2 wow..memang super beb..rancak beb, bila kita baca lirik dia dalam english wow, memang terbaiklah lagu ni.. Kisah lagu ni mengenai seorang wanita yg penampilannya sangat kolot la kalau yg jenis tak reti nak bergaya kan..so, boyfriend dia beralih arah pada wanita lain yg lebih cantik dan seksi..Bila tengk dia pun boyfriend dia ni buat2 tak kenal dan cuba tuk elak..so dia geram dan ingin balas dendam so dia ubah penampilan dan cara life style dia dan bila si ex-boyfriend dia lihat dia terus terkejar2 balik ex-girlfriend dia ni..so memang terbaiklah lirik lagu ni, memang mendalam...kalau x percaya cuba dengar dan hayati lirik dia...sekali dengar lagu ni nak dengar lagi berkali2...macam eonni lah, dah jatuh cinta dengan lagu ni kalau x..x lah eonni buh lagu ni d blog eonni ni hehehe..realy realy in love dengan lagu ni...penyanyi dia pun cantik kan..

Wrongful Meeting-Taemin ft Amber



Ni lagu fav eonni..lagu ni kira lagu lama la jugak, tapi bila Taemin(Shinee) nyanyi balik dia bawa rentak baru dlm lagu ni..ada mcm remix ckit kan..tapi best..eonni suka lagu ni bila mula2 sekali dengar HAHA dgn Taeyang(kalau x salah la ejaan nama dia hehe kalau salah sory ye) nyanyi dlm running man..Bila dgr ja eonni terus suka lagu ni dan tanpa buang masa terus cari dlm u-tube siap dah download lg lagu ni..Tapi bila dgr yg versi Taemin ni rasa lg seronok muzik dia..Bukan nak cakap lah..si Taemin ni kalau menari memang power..Tak caya tgk ja la sendiri..bila dia gerakkan ja badan dia penonton pakat2 duk menjerit...Punya la ramai peminat dia hehehe termasuk lah eonni hehehe...ok..enjoy the song ok..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...